Siapa saya...

Saya meminati kpop. Hobi saya adalah menonton video di komputer dan membaca komik jepun.

Monday, 18 April 2011

Karangan fakta

Karangan fakta juga dikenali sebagai karangan expositori.

Jenis-jenis karangan fakta:

     1) Perbincangan
      -         mesti ada isi baik dan buruk
-         ada isi ya dan tidak

     2) Penyataan pendapat
      -         menyatakan  pendapat
-         memberikan keterangan
-         isi baik

     3) Saranan
- contoh soalan : apakah cara-cara merapatkan hubungan dengan keluarga?
- beri saranan sahaja

4) Perdebatan
- dalam pedebatan, boleh menanyakan soalan
- contoh tajuk: masyarakat berbilang kaum penting kerana memberi sebuah negara itu kepelbagaian budaya yang dapat memajukannya. Setujukah dengan kenyataan ini?
- boleh diisi dengan petanyaan. (jangan membuat demikian untuk seluruh karangan)

5) Penjelasan
- memberikan pendapat dan menjelaskan pandangan dalam soalan
- contoh soalan: Jelaskan baik buruk melancong ke luar negara

Bagaimana menulis karangan seperti ini...
1) Berikan definisi
- rujuk kepada tajuk dan berikan definisi kepada kata kunci (key words)
-dalam perenggan pertama
-2-3 ayat sahaja
contoh tajuk: Remaja hari ini mementingkan kawan daripada keluarga. Sejauh manakah anda setuju dengan pernyataan ini?
contoh definisi: Remaja merupakan mereka yang berumur di antara tiga belas hingga sembilan belas tahun. Mereka ini biasanya masih bersekolah.
2)Berikan pegangan - setuju atau sebaliknya.
-contoh: Saya bersetuju bahawa remaja mementingkan kawan daripada keluarga kerana.....
-2-3 ayat sahaja
-dalam perenggan kedua
3)Isi pertama - isi terpenting
-perenggan ketiga
-satu isi, satu huraian
-satu huraian, satu contoh
-sekurang-kurangnya empat isi pokok, empat huraian, empat contoh dalam setiap karangan fakta
7) Namun demikian...
8) Penutup
-Rujuk semula kepada tajuk
-Contoh: Memang remaja sekarang mementingkan kawan kerana...

Contoh karangan fakta
Soalan 1-Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan.
Nyatakan langkah-langkah bagi menghidupkan permainan tradisional
tersebut .
Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-masing .Begitu
juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau, gasing dan congkak yang popular suatu ketika dahulu kini semakin dipinggirkan dalam  arus  perdana. Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai langkah
dapat diadakan . Antaranya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik .
Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran
mengedarkan brosurdan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para
pelancong yang menginap di hotel berkenaan .

Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat
untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Dengan adanya kawasan khas tersebut, golongan remaja dapat
memperse mbahkanpermainan tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asing mempelajari kaedahpermainan berkenaan.
Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat global,peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan. Sebagai contoh, MAS telah menggunakan permainan wau sebagai logokorporat syarikat berkenaan. Langkah ini tentulah dapat mmembantu mempromosi keunikan tradisional rakyat Malaysia .
Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama
daripada semua pihak. Tanpa sokongan daripada pelbagai pihak, permainan tradisional ini mungkin akan berkubur dan lupusditelan zaman.
Peringatan!
Apa yang penting:
1) Organisasi harus tersusun. Satu perenggan, satu isi, satu contoh
2) Diterangkan satu persatu.
3) Gunakan penanda wacana yang tepat. Contoh: selain daripada itu, yang demikian, atas    sebab, oleh kerana, hal ini, besar kemungkinan, pada pendapat saya, pada hemat saya, keseluruhannya, akhir sekali, sebagai penutup.


 

No comments:

Post a Comment