Perbezaan ialah dan adalah...
Ialah digunakan...
- di hadapan kata nama.
- Contoh ayat: Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya.
Adalah digunakan...
- di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama seperti ke, di, pada dan sebagainya.
- Contoh ayat: Tarikh pertandingan saya adalah pada 31 Mac 2012
Tetapi...
- 'adalah' tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
~ Cth: Keputusan untuk pergi ke konset itu adalah bergantung pada ibu saya. SALAH!
- 'ialah' boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama.
~ Contoh: Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam.
Penggunaan 'dari' dan 'daripada'
Dari digunakan untuk:
- Masa
~ Contoh: Kami telah menunggu untuk berita tentang keadaan nenek dari pukul 7 pagi.
- Arah
~ Contoh: Angin dingin itu masuk dari tingkap.
- Tempat
~ Contoh: Daniel amat kasihan kerana dia telah menunggu selama 4 jam untuk berjumpa dengan teman wanitanya walaupun dia datang dari Sydney.
Daripada digunakan untuk:
- Orang
~ Contoh: Laila menerima cincin itu daripada Khairul, bakal suaminya.
- Bandingan
~ Contoh: Saiful lebih tinggi daripada Haikal.
- Asal kejadian
~ Contoh: Sofa yang baru dibeli ayah dibuat daripada kulit.
- Menunjukkan keanggotaan
~ Contoh: Faizal merupakan seorang anggota daripada korporasi Sembcorp.
No comments:
Post a Comment