Siapa saya...

Saya meminati kpop. Hobi saya adalah menonton video di komputer dan membaca komik jepun.

Sunday, 9 September 2012

Kesantunan Komunikasi dalam Laman Sosial

Pada pendapat saya, komunikasi melalui laman sosial amat berkesan tetapi pada masa yang sama, saya juga berpendapat bahawa menggunakan laman sosial pada jangka masa yang lama tidak bagus. Melalui laman sosial, kita dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan kita yang mungkin sudah lama tidak bertemu bersama ataupun mereka yang berada di luar negara. Bagi saya, berkomunikasi melalui laman sosial dapat membantu saya berkomunikasi dengan rakan-rakan dari sekolah rendah saya. Ia juga menolong saya untuk lebih berterus terang terhadap seseorang. Namun, saya merasakan bahawa ini bukan perkara yang dapat menolong saya pada masa akan datang kerana saya tidak dapat berterus terang dengan mereka yang berkomunikasi dengan saya. Ini juga boleh mengakibatkan perselisihan faham untuk berlaku. Kini, ramai menggunakan laman sosial untuk berkomunikasi. Namun, ada yang menggunakan laman sosial untuk buli orang lain. Mereka memuat naikkan perkara-perkara yang boleh memalukan mangsa mereka. Baru-baru ini, saya mendapat emel yang kepada saya agak biadap. Emel itu mengatakan bahawa saya harus memberi keterangan kepada mereka tentang sesuatu perkara. Pada pendapat saya, tutur cara mereka agak biadap kerana kepada saya, ia seolah-olah mereka memerintah saya untuk memberi keterangan walaupun kami tidak pernah bertemu. Melalui ini, saya merasakan bahawa tutur kata kita boleh meninggalkan kesan terhadap imej kita dan kita harus sentiasa bersopan santun kerana "Bahasa menunjukkan bangsa."

Saturday, 8 September 2012

Senarai Peribahasa

http://www.seab.gov.sg/oLevel/2012Syllabus/1132_2012.pdf

Senarainya terdapat di mukasurat 4.

Video yang digemari



Inilah video yang paling saya suka. Saya suka video ini kerana ia amat kelakar. Pada masa yang sama, video ini mengandungi pelajaran-pelajaran tentang agama. Video ini mengenai mereka yang sesat agama dan berminta kepada kubur yang dianggap sebagai keramat. Babak-babak yang paling yang saya gemari ialah  babak-babak yang dilakonkan oleh Suhaimi Yusof dan 2 lagi kawan-kawannya. Ia amat kelakar kerana para pelakon melakukan perkara-perkara yang mengarut terutama sekali mereka menuntut ilmu dan meminta perotolongan di kubur. Kepada saya, itu tidak masuk akal. Tambahan pula, dialog mereka juga lucu.

Friday, 7 September 2012

Jangan menyalah gunakan...

Perbezaan ialah dan adalah...

Ialah digunakan...
- di hadapan kata nama.
- Contoh ayat: Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya.

Adalah digunakan...
- di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama seperti ke, di, pada dan sebagainya.
- Contoh ayat: Tarikh pertandingan saya adalah pada 31 Mac 2012

Tetapi...
- 'adalah' tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
  ~ Cth: Keputusan untuk pergi ke konset itu adalah bergantung pada ibu saya. SALAH!
- 'ialah' boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama.
  ~ Contoh: Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam.

Penggunaan 'dari' dan 'daripada'

Dari digunakan untuk:
- Masa
  ~ Contoh: Kami telah menunggu untuk berita tentang keadaan nenek dari pukul 7 pagi.
- Arah
  ~ Contoh: Angin dingin itu masuk dari tingkap.
- Tempat
  ~ Contoh: Daniel amat kasihan kerana dia telah menunggu selama 4 jam untuk berjumpa dengan teman wanitanya walaupun dia datang dari Sydney.

Daripada digunakan untuk:
- Orang
  ~ Contoh: Laila menerima cincin itu daripada Khairul, bakal suaminya. 
- Bandingan
  ~ Contoh: Saiful lebih tinggi daripada Haikal.
- Asal kejadian  
  ~ Contoh: Sofa yang baru dibeli ayah dibuat daripada kulit.
- Menunjukkan keanggotaan
  ~ Contoh: Faizal merupakan seorang anggota daripada korporasi Sembcorp.

Monday, 4 July 2011


Pada permulaan tahun, saya dan rakan-rakan saya membuat ATT berdasarkan zaman lampau datuk dan nenek kami. Inilah hasil projek kami.

 

Monday, 18 April 2011

Karangan fakta

Karangan fakta juga dikenali sebagai karangan expositori.

Jenis-jenis karangan fakta:

     1) Perbincangan
      -         mesti ada isi baik dan buruk
-         ada isi ya dan tidak

     2) Penyataan pendapat
      -         menyatakan  pendapat
-         memberikan keterangan
-         isi baik

     3) Saranan
- contoh soalan : apakah cara-cara merapatkan hubungan dengan keluarga?
- beri saranan sahaja

4) Perdebatan
- dalam pedebatan, boleh menanyakan soalan
- contoh tajuk: masyarakat berbilang kaum penting kerana memberi sebuah negara itu kepelbagaian budaya yang dapat memajukannya. Setujukah dengan kenyataan ini?
- boleh diisi dengan petanyaan. (jangan membuat demikian untuk seluruh karangan)

5) Penjelasan
- memberikan pendapat dan menjelaskan pandangan dalam soalan
- contoh soalan: Jelaskan baik buruk melancong ke luar negara

Bagaimana menulis karangan seperti ini...
1) Berikan definisi
- rujuk kepada tajuk dan berikan definisi kepada kata kunci (key words)
-dalam perenggan pertama
-2-3 ayat sahaja
contoh tajuk: Remaja hari ini mementingkan kawan daripada keluarga. Sejauh manakah anda setuju dengan pernyataan ini?
contoh definisi: Remaja merupakan mereka yang berumur di antara tiga belas hingga sembilan belas tahun. Mereka ini biasanya masih bersekolah.
2)Berikan pegangan - setuju atau sebaliknya.
-contoh: Saya bersetuju bahawa remaja mementingkan kawan daripada keluarga kerana.....
-2-3 ayat sahaja
-dalam perenggan kedua
3)Isi pertama - isi terpenting
-perenggan ketiga
-satu isi, satu huraian
-satu huraian, satu contoh
-sekurang-kurangnya empat isi pokok, empat huraian, empat contoh dalam setiap karangan fakta
7) Namun demikian...
8) Penutup
-Rujuk semula kepada tajuk
-Contoh: Memang remaja sekarang mementingkan kawan kerana...

Contoh karangan fakta
Soalan 1-Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan.
Nyatakan langkah-langkah bagi menghidupkan permainan tradisional
tersebut .
Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-masing .Begitu
juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau, gasing dan congkak yang popular suatu ketika dahulu kini semakin dipinggirkan dalam  arus  perdana. Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai langkah
dapat diadakan . Antaranya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik .
Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran
mengedarkan brosurdan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para
pelancong yang menginap di hotel berkenaan .

Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat
untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Dengan adanya kawasan khas tersebut, golongan remaja dapat
memperse mbahkanpermainan tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asing mempelajari kaedahpermainan berkenaan.
Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat global,peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan. Sebagai contoh, MAS telah menggunakan permainan wau sebagai logokorporat syarikat berkenaan. Langkah ini tentulah dapat mmembantu mempromosi keunikan tradisional rakyat Malaysia .
Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama
daripada semua pihak. Tanpa sokongan daripada pelbagai pihak, permainan tradisional ini mungkin akan berkubur dan lupusditelan zaman.
Peringatan!
Apa yang penting:
1) Organisasi harus tersusun. Satu perenggan, satu isi, satu contoh
2) Diterangkan satu persatu.
3) Gunakan penanda wacana yang tepat. Contoh: selain daripada itu, yang demikian, atas    sebab, oleh kerana, hal ini, besar kemungkinan, pada pendapat saya, pada hemat saya, keseluruhannya, akhir sekali, sebagai penutup.


 

Sunday, 27 February 2011

Karangan Naratif

Saya telah mempelajari ciri-ciri sebuah karangan naratif dan juga teknik-teknik untuk menulis karangan naratif dengan baik.

Dalam sebuah karangan naratif ada:
  • Tema
  • Pendahuluan
  • Watak
  • Plot
  • Konflik
  • Suspens
  • Klimaks
  • Peleraian
Perwatakan
- memainkan peranan penting dalam penulisan naratif
- menjadikan cerita lebih berkesan dan menarik

Kami boleh menggambarkan watak atau karaktor dari segi luaran atau dalaman.

  • Dari segi luaran...
    • mendeskripsi keadaan luaran seseorang
    • Contohnya:
      • Fisikal (paras rupa, pemakaian, keadaan badan)
      • Kelakuan
    • Contoh deskirpsi luaran(fisikal):
      • Siti mengukir senyuman manis dengan bibirnya yang merah bak delima. Matanya bersinar cerah pagi itu walaupun keadaan begitu genting.
      • Badannya yang tidak begitu gemuk atau kurus melengkung separuh ke hadapan dek terlalu lama duduk di kerusi berhadapan dengan komputer saban hari
    • Contoh deskripsi luaran(kelakuan):
      • Aminah bertungkus-lumus siang dan malam mencari rezeki halal untuk ketiga-tiga anaknya yang kini tidak berbapa.
      • Jikalau bunyi loceng penjual ais krim itu didengarinya, dia akan terus menerpa keluar pintu tanpa mempedulikan ibu bapanya.
  • Dari segi dalaman...
    • merupakan penerangan selain yang dapat dilihat
    • Contohnya:
      • Perasaan
      • Pandangan
      • Pemikiran
      • Sikap
Plot
Ada dua jenis plot iaitu:
  • Kronologis
  • Bukan Kronologis
Plot kronologis bermakna susunan cerita teratur dan menceritakan apa yang berlaku pada mulanya sampai ke akhir. Plot bukan kronologis pula bermakna bahawa susunan cerita boleh tidak begitu teratur. Contohnya, teknik imbas kembali digunakan untuk menceritakan sesuatu kejadian.

Gaya Bahasa
Untuk menghiaskan karangan kita, kita boleh menggunaakan gaya bahasa.

Antara jenis gaya bahasa adalah:
  • Peribahasa
  • Hiperbola
  • Metafora
  • Simile
  • Personifikasi
  • Euphemisme
Personifikasi
  • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
  • Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia
Simile
  • Untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain
  • Menggunakan perkataan seperti, umpama, bak dan laksana
Metafora
  • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan
Hiperbola
  • Sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Euphimisme


Sampai sini sahajalah. Salam.